Pihak kami akan mengadap pihak TM dan membawa masalah internet sekolah (jika ada) untuk di selesaikan.
Mohon kerjasama daripada sekolah membuka email sekolah (kodsekolah@btpnsel.edu.my) dan lengkapkan maklumat dalam fail excell dalam google doc untuk tindakan kami.
Kami di BTPN Selangor sebenarnya tiada langsung kaitan dengan mana-mana ISP di sekolah. Apa yang sekolah dapat adalah perjanjian pihak TM dan JPN Selangor. Kami hanya cuba membantu sekolah dalam menyelesaikan masalah

SEKOLAH YANG SETUJU DENGAN TM

SEKOLAH YANG TIDAK SETUJU DENGAN TM

  1. SK PULAU INDAH 2
  2. SK IJOK
  3. SK KELANA JAYA (1)
  4. SK PUCHONG UTAMA
  5. SK PUSAT BANDAR PUCHONG (1)
  6. SK SEKSYEN 27(1)
  7. SK LA SALLE
  8. SJK(C) CHUNG HUA
  9. SMK RAJA MUDA MUSA
  10. SM SAINS HULU SELANGOR
  11. SMK TAMAN DESA 2
  12. SMK SEKSYEN 24 (2)
  13. SMT KUALA SELANGOR

SEKOLAH YANG TIDAK BERI JAWAPAN LANGSUNG

  1. SK PELABUHAN KELANG
  2. SK TANJONG KARANG
  3. SK SRI TIRAM
  4. SK SAUJANA IMPIAN
  5. SK BUKIT RAYA
  6. SK SELAYANG BARU (2)
  7. SK SEKSYEN ENAM
  8. SK BKT TAMPOI (ASLI)
  9. SK ASSUNTA (2) (M)
  10. SJK(C) LICK HUNG
  11. SMK KUALA KUBU BHARU
  12. SMK SRI PERMATA/SEAPORT
  13. SM PENDIDIKAN KHAS SHAH ALAM
  14. SMK BUKIT JELUTONG
  15. SMK (L) BUKIT BINTANG
  16. SMK LA SALLE
  17. SM TEKNIK SUNGAI BULOH
  18. MAKTAB PERGURUAN ISLAM

SHAH ALAM, 12 Julai (Bernama) — Seorang wanita yang kehilangan jawatan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) kerana hamil dua tahun lepas, Selasa berjaya dalam tuntutannya apabila Mahkamah Tinggi di sini memutuskan bahawa beliau layak dan berhak dilantik untuk jawatan tersebut.
Hakim Datuk Zaleha Yusof yang membuat keputusan itu dalam kamarnya juga memerintahkan bahawa tindakan defendan-defendan pada 12 Jan 2009 untuk membatalkan pelantikan plaintif, Noorfadilla Ahmad Saikin, 29, sebagai GSTT adalah tidak berperlembagaan, tidak sah dan terbatal.
Noorfadilla dari Kajang yang memfailkan saman pemula pada 7 Mei 2010 menamakan pegawai khas Kumpulan Guru Simpanan Kerajaan Chayed Basirun, pegawai pelajaran Daerah Hulu Langat Ismail Musa, dan Pengarah Pelajaran Selangor Dr Zahri Aziz (bekas) sebagai defendan.
Turut dinamakan sebagai defendan ialah Ketua Pengarah Pelajaran, Menteri Pelajaran dan Kerajaan Malaysia.
Hakim turut memerintahkan bahawa kesemua defendan perlu membayar kepada plaintif kos, ganti rugi am dan faedah pada kadar lapan peratus setahun sehingga tarikh penyelesaian penuh serta taksiran ganti rugi am dibuat oleh kesemua defendan kepada plaintif.
Peguam Edmund Bon yang mewakili Noorfadilla ketika ditemui pemberita kemudiannya berkata Hakim berpuas hati bahawa anak guamnya berhak untuk merujuk kepada perkara Konvensyen Untuk Menghapuskan Diskriminasi Dalam Semua Bentuk Terhadap Wanita 1979/81.
Konvensyen itu mempunyai kuasa undang-undang di Malaysia dalam mentafsirkan Artikel 8 (2) Perlembagaan Persekutuan iaitu tidak boleh berlaku diskriminasi berdasarkan jantina di khalayak umum.
Bon berkata Hakim juga memaklumkan bahawa kerajaan Malaysia telah menandatangani konvensyen itu dan justeru mahkamah berhak untuk merujuk kepada konvensyen tersebut dalam membuat keputusan.
Dalam afidavit sokongannya, Noorfadilla berkata beliau menghadiri temuduga pada 2 Jan 2009 di Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat dan diminta mengisi borang deklarasi yang hanya mengandungi soalan-soalan berkaitan dengan maklumat peribadi serta latar belakang pendidikannya dan tidak terdapat sebarang soalan mengenai status keadaan atau kesihatan.
Menurut Noorfadilla beberapa hari selepas itu beliau menerima tawaran untuk jawatan GSTT melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dari pegawai pejabat pelajaran Daerah Hulu Langat.
Plaintif berkata pada sesi taklimat, seorang pegawai pejabat pelajaran Daerah Hulu Langat menyuruh semua calon wanita yang hamil untuk membuat pengakuan dengan segera dan selepas beliau dan dua lagi wanita mengakui bahawa mereka sedang mengandung, pegawai tersebut mengambil semula memo penempatan daripada mereka tanpa sebarang soalan lain.
Noorfadilla berkata pegawai terbabit memberitahu mereka bahawa wanita hamil tidak boleh dilantik sebagai GSTT kerana tugas GSTT akan melibatkan aktiviti ko-kurikulum yang tidak sesuai untuk wanita hamil, serta alasan-alasan lain.
Tiada alasan diberikan bahawa Kementerian Pelajaran melarang wanita hamil untuk dilantik sebagai GSTT.
Sehubungan itu, beliau berkata tindakan pejabat pelajaran Daerah Hulu Langat membatalkan pelantikan beliau sebagai GSTT adalah satu perbuatan diskriminasi terhadap seorang wanita hamil dan bercanggah dengan Artikel 5 dan 8 Perlembagaan Persekutuan serta Akta Pekerjaan 1955.
Selain Bon, plaintif turut diwakili peguam Honey Tan dan Chan Yen Hui manakala kesemua defendan diwakili oleh Peguam Kanan Persekutuan Aida Adha dan Siti Kassim hadir sebagai peguam pemerhati bagi pihak Majlis Peguam.
BERNAMA
BERNAMA: 12 Julai 2011

About this blog

Pages

Powered by Blogger.

Blogroll

Popular Posts